Jumaat, 29 April 2016

Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan atau menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, benci, kagum dan kecewa.

Contoh:

Aduh    : Menyatakan perasaan sakit.
Aduhai : Menyatakan perasaan sedih atau dukacita
Ah        : Menyatakan penolakan/tidak bersetuju/bantahan
Amboi  : Menyatakan perasaan kagum/hairan.
Cis/Cih : Menyatakan perasaan marah, mengejek, menyindir.
Eh        : Menyatakan perasaan hairan/terkejut.
Hai       :Menyatakan perasaan menegur/menyapa, menarik perhatian seseorang.
Nah      : Menarik perhatian/menyatakan persetujuan.
Wah      : Menyatakan perasaan kagum/takjub.
Wahai   : Menyatakan perasaan dukacita atau ingin mendapat perhatian.
Syabas/bagus : Menyatakan rasa gembira/puas hati.
Hai       : Menarik perhatian.
Oh        : Menyatakan rasa hairan, terkejut atau kagum.
Au        : Menyatakan perasaan sakit.

Nota:

1. Semua ayat seruan diakhiri dengan tanda seru '!'.
2. Tanda seru '!' mesti diletakkan di hujung ayat seruan dan bukannya selepas kata seru.
3. Gunakan kata seru yang betul untuk menggambarkan perasaan yang dinyatakan.

Contoh ayat:

Wah ! cantiknya baju awak. (SALAH)
Wah ! Cantiknya baju awak. (SALAH)
Wah, cantiknya baju awak! (BETUL)